BELAJARLAH UNTUK BERKATA
"CUKUP ... ALHAMDULIL-LAH"

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN.
Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA.
Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR
Dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD , jika ada keburukan pada dirimu.

Wednesday, August 12, 2009

LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN

Dari Hatim Al-Asom :

"Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat , maka ia termasuk sunnah Rasulullaah saw
1) Memebri makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.
3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
4) Membayar hutang, bilaa telah sampai masanya.
5) Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannyaa.

Dari Syaikh Al-Balkhi
"Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan :
1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.
2) Ambil apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.
3) Lakukan maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.
4) Persiapkan bekal didunia untuk selama kamu tinggal didalam kubur.
5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal didalamnya."

HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA
Dari Sufyan Sauri : "Tiada berkumpul harta disisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul didalam dirinya lima perkara :
1) Panjang angan-angan.
2) Sentiasa tamak.
3) Sangat kedekut.
4) Berkurang waraknya.
5) Lupa kepada akhirat.

19 Keistimewaan Wanita

1. Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.
2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.
6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.
7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka.
8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ).
12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun ).
15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan.
18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Monday, August 10, 2009

APA PETUNJUK RASULULLAH S.A.W UNTUK RAWATAN DEMAM?


1- Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:

Sesungguhnya demam adalah drpd percikan api neraka,kerana itu sejukkanlah badan yg demam itu dgn air,atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam.

Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.

2- Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda:

Apabila salah seorang drpd anda demam,hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pd waktu sahur-

Daripada hadis Nafi' bin Jubir,katanya Rasulullah s.a.w bersabda:

Apabila salah seorang drpd anda demam,sesungguhnya demam itu adalah sebahagian drpd api neraka,hendaklah memadamkannya dgn air sejuk.Hendaklah berendam dlm sungai yg mengalir,mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi drpd 9x InsyaAllah..

4- Daripada Jabir r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa'ib kerana melawatnya.Baginda bersabda:

"Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan drpd Allah padanya. Sabda baginda s.a.w:

Jangan mencaci demam,kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam,sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.

Petua orang-orang tua dahulu sebenarnya sesetengahnya ada tertulis dalam hadis Nabi s.a.w. Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati". Maka, conventional & traditional medicine have their own ways and advantages in healing human's diseases. InsyaAllah minggu depan kita bincang tentang lagi satu topik dalam FIQH PERUBATAN.

Lelaki dan Perempuan



Lelaki

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita

1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).

7. - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap
4 wanita ini:

Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu

Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:

Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

Segala kebaikan itu datang dari Allah SWT dan segala kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri.

Wednesday, August 5, 2009

Lima perkara semua kita mahukannya

Lima perkara semua k ita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-

1. Wajah yang cantik


2. Duit yang banyak




3. Kesihatan yang baik


4. Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita



5. Tidur yang nyenyak tanpa ganguan


Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.

Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak. (Sampaikanlah daripada Nabi S.A.W itu walaupun satu ayat )

' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.' Surah Al-Baqarah ayat 286

Saturday, August 1, 2009

Asal Usul Hajar Aswad

Kisah asal usul Hajar aswad..
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia." Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)." Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.
Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.
Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

Doa Harian

DOA HARI ISNIN
________

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِه أَجْمَعِيْنَ.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia para Nabi dan Rasul dan penghulu kami junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

يَا اَلله ُ يَا شَكُوْرُ
Di hari yang mulia serta penuh keberkatan ini, kami melahirkan kesyukuran kami kepada-Mu kerana diberi peluang untuk memartabatkan perkhidmatan awam di negara ini.

يَا اَلله ُ يَا رَحِيْمُ
Kami memohon restu dan kasih saying-Mu yang berkekalan dalam menjalankan tugas dan kewajipan yang diamanahkan. Jadikanlah kami golongan yang produktif dan berkualiti. Golongan yang berjaya melaksanakan tugas dengan sempurna dan berkesan. Ya Allah, hindarkan kami dari sifat-sifat lemah, malas dan suka bertangguh-tangguh dalam menjalankan tugas.


{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.



DOA HARI SELASA
__________

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ اَّلذِيْ فَضَّلَنَا عَلَى سَائِرِ اْلأُمَمِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الأَمِيْنِ المَبْعُوْثِ رَحْمَةً لِّلْعَالَمِيْنَ.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi

يَا اَلله ُيَا خَبِيْرُ
Di hari yang mulia ini kami memohon taufik dan kesejahteraan dari-Mu. Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu , iman dan cetusan idea yang bernas bagi meningkatkan mutu kerja dan kecekapan supaya ianya dapat memenuhi ekspektasi pelanggan dan jabatan.

يَا اَلله ُ يَا رَحْمـنُ
Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang supaya bekerja dengan penuh dedikasi, amanah dan bertanggungjawab.

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.


DOA HARI RABU
___________


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِيْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِىْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu, imam dan kebijaksanaan untuk menerokai kejayaan. Jadikanlah diri kami insan yang berpandangan jauh , komited dengan kehendak dan perubahan zaman . Berikanlah kami kesihatan agar bergerak aktif menabur khidmat bakti kepada masyarakat dan negara Malaysia tercinta agar kedaulatan tanah air teguh terpelihara.


يَا اَلله ُ يَا قُدُّوْسُ

Engkau tanamkanlah di dalam diri kami sifat amanah, bertanggungjawab dan keimanan yang mantap . Pertingkatkanlah i'tikad dan amalan kami agar taat mengerjakan suruhan dan taat menjauhi larangan serta redha menerima dugaan dan ikhlas menyempurnakan amalan.


{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.


DOA HARI KHAMIS
_______________

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.



Ya Allah, ya Tuhan kami,
Di hari yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal. Kuatkanlah tekad dan semangat kami untuk berkhidmat kepada jabatan ini dengan lebih cekap serta cemerlang.

يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ
Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.


DOA HARI JUMAAT
__________
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَرَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ السَّلاَمِ الْمُؤْمِنِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الأَمِيْنِ المَبْعُوْثِ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ.

يَا اَلله ُ يَا قَهَّارُ


Di hari yang mulia ini , kami berdoa memohon ke hadrat-Mu, satukanlah dan perteguhkanlah hati-hati kami di bawah keredhaan-Mu, lahirkanlah perasaan persaudaraan , berkasih sayang , bermuafakat , tanamkanlah ke dalam jiwa kami sifat sabar , tekun dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan serta di permudahkan segala urusan kami.
يَا اَلله ُ يَا مُجِيْبُ


Engkau jadikanlah perkhidmatan awam di negara ini, perkhidmatan yang berkualiti lagi cemerlang agar dengannya dapat menjadikan negara kami maju dalam segala bidang agar ianya menjadi negara yang unggul , disegani , bertaraf dunia dan mendapat keredhaan-Mu ya Allah.


{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ }
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.


DOA HARI SABTU
___________
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْء ٍعِلْمًا وَأَعْطَى كُلَّ شَيْءٍ خَلْقَهُ ثُمَّ هَدَى وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ خَاتَمِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.


يَا اَلله ُ يَا كَرِيْمُ


Di hari yang mulia ini, kami berdoa memohon keredhaan-Mu untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan. Terapkanlah amalan kerja yang baik agar kami jadikan ia sebagai ibadah yang berterusan dan jauhkanlah sifat tercela, bukakanlah pintu hati kami bagi menerima segala kefahaman, curahkanlah hidayah-Mu agar dapat kami jadikannya sebaik-baik penghayatan.

يَا اَلله ُ يَا فَتَّاحُ

Jadikanlah al-Quran itu penyuluh hati kami, tunjukkanlah jalan yang benar agar kami ikuti, jelaskanlah perkara yang batil agar kami jauhi. Corakkanlah akhlak kami dengan sifat mahmudah, lindungilah kami dari sifat mazmumah , sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.


DOA HARI AHAD
___________
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرْنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ النَّاصِرِيْنَ وَافْتَحْ لَنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ الْفَاتِحِيْنَ وَاغْفِرْلَنَا وَاهْدِنَا وَلاَ تُؤَاخِذْنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَاءُ مِنَّا يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ.

اَللَّهُمَّ يَا رَحْمـنُ يَا رَحِيْمُ


Ya Allah, pada hari yang berbahagia ini, kami memohon keberkatan dan keredhaan dari-Mu agar segala usaha, tindakan dan amal perbuatan kami ini diterima serta mendapat kerahmatan dari-Mu ya Allah.

اَللَّهُمَّ ياَ عَزِيْزُ ياَ قَهَّارُ

Anugerahkanlah sifat kesungguhan dan ketekunan kepada diri kami, agar sentiasa dapat melaksanakan kerja dengan penuh rasa tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Jadikanlah perkhidmatan kami ini yang lebih maju kehadapan agar segala urusan dapat diselesaikan dengan cekap, cepat dan teratur.


{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.