BELAJARLAH UNTUK BERKATA
"CUKUP ... ALHAMDULIL-LAH"

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN.
Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA.
Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR
Dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD , jika ada keburukan pada dirimu.

Friday, May 27, 2011

Seminit Sahaja

Betapa besarnya nilai uang kertas senilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas menit namun betapa singkatnya kalau kita melihat film.

Betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berpikir panjang-panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola diperpanjang waktunya ekstra namun kita mengeluh ketika, khotbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu lembar Al-qur'an tapi betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid

Betapa Mudah nyamembuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu birahi semata, namun alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari arti yang terkandung di dalam al qur'an; namun betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh syrat khabar namun betapa kita meragukanapa yang dikatakan oleh Kitab Suci AlQuran.

Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan menggema.

Betapa setiap orang ingin masuk surga seandainya tidak perlu untuk percaya atau berpikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa.

Betapa kita dapat menyebarkan seribu lelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun kalau ada e-mail yang isinya tentangAllahbetapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya danmenyebarkannya,serta terus klik pada icon DELETE.

ANDA TERTAWA ...? atau ANDA BERPIKIR-PIKIR. ..?

Sebar luaskanlah & bersyukurlah kepada ALLAH, YANG MAHA BAIK,PENGASIH DAN PENYAYANG.

Apakah tidak lucu apabila anda tidak memFORWARD pesan ini. Betapa banyak orang tidak akan menerima pesan ini, karena anda tidak yakin bahwa mereka masih percaya akan sesuatu?

Saturday, May 14, 2011

10 Tanda Jodoh Kita



Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya
Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)



Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi
bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT
mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk
berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang
ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang
dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling
memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang
ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?



Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan
dia adalah jodoh kita.



1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia
berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia
spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa
dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang
dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat,
maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan
jodoh kita.



2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu
ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita
sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga
merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa
sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun
malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia
tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga
tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil
hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia
berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah
bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama.
Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang
boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi
kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila
berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila
dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang
disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah
sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi
supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia
dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi
mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain
timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu
rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi,
kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti
cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang
memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang
panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan
kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh
ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu
pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan
dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga
dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang
melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada
masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana,
kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita
sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila
kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter,
dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak
kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga
bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri
lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi
pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala
suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi
pasangan hidup kita.



8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia
insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki
kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup
kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu
kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di
hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia
tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima
kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup
bersamanya.



9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang
dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga
kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca
fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada
situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali
lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan.
Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di
pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam
memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah
dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita
mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika
tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi
mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah
kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat
di akhirat adalah kekal selamanya.

14 Kebaikan Membaca Surah Yasin


Begitu banyak khasiat dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui bacaan surah Yasin, seperti yang telah disebut seperti di atas Yasin umpama hati kepada al-Quran. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang pastinya melalui hati, oleh itu marilah kita mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. melalui ibadah dan bacaan Yasin. InsyaAllah.


  1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  11. Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah
    menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
  12. Sabda RasulullahS.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.
    Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah,
    menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.
    Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat,
    dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian
    dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui
    keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.