BELAJARLAH UNTUK BERKATA
"CUKUP ... ALHAMDULIL-LAH"

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN.
Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA.
Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR
Dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD , jika ada keburukan pada dirimu.

Sunday, July 19, 2009

Wanita


Wanita…
Sehalus dan selembut ciptaan
Menjadi pedamping lelaki idaman
Setiap insan dijadikan berpasangan
Kerana itu mereka saling memerlukan
Hidup tiada bererti tanpa teman
Sebagaimana malam tanpa kesiangan.

Wanita…
Dihiasi kelembutan dan sifat keibuan
Takut dan malu pedinding diri
Tiada diberi pada lelaki
Jagailah anugerah Ilahi
Semaikanlah kemurnian di hati
Halusi budi pekerti
Jadilah wanita yang diredai
Ibu dan isteri yang mithali
Dunia dan akhirat diberkati.

Wanita…
Tabahkanlah hati kamu menempuhi dugaan
Tenangkanlah dirimu dalam kesedihan
Redhailah segala ketentuan
Semua yang berlaku adalah suratan
Menguji keimanan setiap insan
Tanpa ujian tiada kekuatan
Kekuatan datang dari dugaan.

Wanita…
Matangkanlah dirimu dengan seribu pengalaman
Pengalaman mengajar erti pengajaran
Setiap insan lain rintangan
Di uji Ilahi mengikut ketabahan
Tempuhilah dengan kesabaran.

Wanita…
Usah menangisi setiap kesusahan
Usah melampaui dengan kesenangan
Usah berbangga setiap kejayaan
Usah kecewa dengan kegagalan
Usah merungut setiap kejadian
Usah takbur dengan kelebihan
Usah malu pada kekurangan
Kerana semuanya itu hanyalah ujian
Menguji sekuat mana keimanan

Wanita…
Pertahankan diri dari godaan syaitan
Mengheret manusia ke lembah kehinaan
Itulah sumpah syaitan di hadapan Tuhan
Membinasakan keturunan Adam dan Hawa habis-habisan.

Wanita…
Meskipun keadaan berubah mengkut zaman
Al-Quran dan As-Sunnh tetap jadi pegangan
Walau di mana bumi dipijak Islam menjadi junjungan
Jangan biarkan iman bergoncangan
Perjuangan mesti diteruskan
Martabatkan Islam sepanjang zaman
Pertahankan amanah Nabi junjungan
Fatimah, Siti Khadijah dan Masyitah jadikan teladan
Moga hidup dunia akhirat mendapat keberkatan
Syurga Allah menjadi idaman.

No comments:

Post a Comment